Khamis, 28 April 2016

contoh surat berhenti kerja

AARON RAMSEY 
33-D, LRG KETAPANG 5
TMN CEMPAKA, BUKIT KLUANG
24000, BESUT, TERENGGANU.

 


JABATAN SUMBER MANUSIA PERWAJA
KAWASAN PERINDUSTRIAN TELUK KALONG
24007 KEMAMAN
TERENGGANU.                                                                                                     27 APRIL 2016

Tuan,
PER : PERLETAKAN JAWATAN

Merujuk perkara di atas, saya Aaron Ramsey,603, bertugas sebagai Proses Technician ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang perletakan jawatan saya dengan notis satu bulan bermula pada 28 April 2016 hingga 28 May 2016.

Untuk makluman, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat dan kakitangan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang satu tahun saya bekerja di syarikat ini.

Semoga syarikat lebih maju pada masa hadapan.

Sekian terima kasih


Yang Benar

(Aaron Ramsey)
Proses technician,
Perwaja 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan